Sticky Notes

Ƙαℓαʋ α∂α ʏɢ ƨʋ∂ι ƨιиɢɢαн, тɛяιмα καƨιн ∂ιʋcαρκαи. Ƙαℓαʋ α∂α ʏαиɢ ƨʋ∂ι ғσℓℓσω, тɛяιмα καƨιн ʝʋɢα ∂ιʋcαρκαи. Ƙαℓαʋ ƨʏ тιиɢɢαℓκαи κσмɛи ∂ι тɛмραт καℓιαи, ƨʏ тακ мɛиɢнαяαρ вαℓαƨαи ƨιиɢɢαн ∂αяι καℓιαи. Ƨʏ cʋмα ƨʋκα вαcα ʝαωαραи καℓιαи ∂ι вℓσɢ καℓιαи. Ƙσмɛи ʏαиɢ ικℓнαƨ, ρɛяƨαнαвαтαи ʏαиɢ ικнℓαƨ ƨʏ нʋℓʋяκαи ʋитʋκ καℓιαи ;)

Tuesday 13 December 2011

Post last utk 2011

Dah berbulan2 tak jenguk, bkn saje blog sendiri mlh blog kwn2 gak. Last post gitau dpt bos baru kann. Actually dpt bos lama. So dah tau cara kerja dia camne. Kerja due hari ni dia dah tanya semlm. So kalau dah dpt keje dr dia, so jgn byk soal jgn delay. Tp sbnrnye comfort dgn cara kerja dia camtu, dia tahu apa yg dia nak. Dats de way a boss should be right? N at da same time kesian ngan dia sampai 2 unit kena jg. So kenalah fhm2 sendiri kann..

Takyah cite psl keje, kalau time busy mmgla busy kalau time free mmgla free. skrg ni nak cite psl kecantikan. Tak taulah sama ada jeles or just menilai. Org yg putih plus cantik, pandai bersolek, ada lesung pipit, pakai apa2 pun cantik. Warna apa2 pun masuk. Nak terbelit, terpusing tudung tu pun org tgk cantik je. Market sentiasa tinggi. Lg2 kalau ckp ala2 manja. Dgn lirik2 mata lg. Fuhh... mau terkena panahan asmara. Apa padangan yang biasa utk org2 mcm ni? Sng nak berurusan ke, kepoh ke? Or besar kepala ke? Or u will say dat i'm jealous sbb kuar statement gitu? Hahahaha, ala saje je. tp yg aku tgk dpn mata skrg ni, yes physically mmg perfect mcm td tu plus kurus n tinggi lampai. Yg aku berani komen bab keje jelah kan, mcm takde inisiatif nak perfectkan kerja. Bab nak majukan diri mcm ada sbb dgr cite nak sambung belajar. Tp i'm not sure dia boleh well organize tak. da other way round mmg aku tak tau. Tp brain worth more than beauty rite?

Tuesday 16 August 2011

Nak Dekat2 Raya

Biasa ginilah, nak dekat2 raya ni tak byk keje sbb kebiasaanye student dah mula cuti nak raya. Sampaikan skrg ni tak tau nak buat apa. daily work dah hampir nil. Tu la br nak update report2. Dear hubby dah mula susah nak balik awal mlm2 sbb siapkan tempahan. Takpelah yang, krg tak berbaju raya pulak org kan. dun worry bini u kat rumah mmg dok terbongkang je mlm2. Huh mata mmg takleh thn, kengkdg bdk2 main sendiri. Cuma terkdg2 terjg dgr diorg bising. Tp bila dah camni, tak nak gak cuti awal ye. Ntahla, mcm susah la nak cuti awal. My boss sudah siap nak cuti seminggu sblum raya sbb nak uruskan cuti belajar dia. Lepas raya dah tak jumpa dah sbb dia dah sambung belaja. tak tau lg boss baru sape. Terpakselah cover dulu, tak bestnyeeee.


Wednesday 3 August 2011

Dugaan bulan puasa - "KENA MARAH"

sabo jelah pg2 dah kena marah ngan org. Opps bukan bos atau kwn kerja ek, tp student yg dah rank bapak2. Spesifik lg anggota tentera yang sambung belaja degree. Pung pang2 dia marah aku. Bertekak jugaklah kan. Inilah hasilnye bila dulu ikutkan sgt permintaan dia, beri sgt kelonggaran. Jd bila skrg dah tak bg dia pun melatah, lgla kalau namanye askar. Dianye volume tinggi tp lum pecah mic lglah, aku tgk sampai mcm semput2 nak marah aku. Time ni rasanye bila la aku nak reshuffle. Lama lg ke turn aku?

Mcm pelik gak rasa nape aku tak transfer je masalah ni kat bos aku? Ntahlah aku pun main tadah je. Tp yg pasti aku tak turutkan apa yg dia nak. mana ada keistimewaan utk mana2 pelajar? Nasib baikla ada awie, coolkan situasi tu. Lelaki sama lelaki senang sikit bercakap kan..

Aku yg bgtau awie mmg kena buat camtu, so bila pelajar tu nak penjelasan, aku takkan tukar apa yg aku ckp. Sbb aku tak nak org lain rasa mcm apa yg aku rasa dulu. Beriya2 aku kata tak boleh sbb tak ikut prosedur, sampai kat bos mls nak bertekak dia bg pulak. Pastu bila ada hal, aku gak yg kena betulkan. Bengang siot masa tu. Mcm aku ckp2 tu tak berasas, sedap2 kena marah plak tu. Tu yg aku hilang respek dan syg. Pastu just 'menurut perintah' jelah, dah takde dah nak bg cadangan ka nak back up ka.

tp alhamdulillah, mood tak berapa nak kacau sgtlah, sbb part kena marah adalah biasa sejak keje kerani tusyen, SKT time tu kutip hutang. tak lama lps tu dah boleh gelak2. Harap2 la makin tambah bersabarla..

Friday 29 July 2011

I'm Lucky -investmentminded?

Bulan 7 ni diisi dgn cite psl duit je. My lady boss ni sgt2 la suka dgn pelaburan. If uolss tgk dia, sgt2la simple. Takde mekap2, relax je tepek bedak biasa. Dulu sblum keje bwh dia wondering gak, dia ni dah W44, gaji for sure riban2, tp tgk orgnye relax jah. Takde nak sibuk2 setiap bulan nak tuko baju baru. Rupa2nya duit dia nun berkepuk kat unit trust tak pun kat saving yg byk n part best nye EPF langsung tak keluarkan, alasan dia mls nak isi borang. Part yg best, dia tak lokek nak cite camne dia manage income dia n husband dia. Motto - Kena jadikan duit yg kite dpt tu bekerja utk kite sbb "Hard Earned Money".

Seperti biasalah, dok lah cite dgn husband psl lady boss. Memula tu dia sengih je, pastu dia boleh kata "Tahniah". Wonderingla pesal tahniah kat aku kan.. yelah yg pandai lady boss. Pastu dia kata "Yelah, tahniahlah kat awk sbb dpt boss yg nak share cite mcm tu, n awk pun dptlah ilmu". Betul gak ek. So skrg ni kena psg strategi utk ikut langkah lady boss. First, kurangkan loan PTPTN by Ujrah. Second, dpt EPF nnt settle kan PTPTN, Third apply govt financing utk beli tanah. Forth Nak tanam sawit lah ngan bela lembu. Hasil selepas 3 thn, try investment plak. Hikhikhik, bunyi agak kekampungan yo. Org kampung buat cara kampung ye dak. Income lak rasanye kena fixedkan every month utk saving. Sekarang ni masih belum stabil sbb potongan dah agak besar sbb buat rumah. Kena tunggu EPF n PTPTN setel la. But still, aku takkan buang prinsip aku yg tak nak ASB, Forex dan investment linked fund (insurance to investment). Bagi aku nak cari duit lebih tu boleh, tp kenalah ada pertimbangan. Sbb nak bg keluarga sendiri mkn kannn...

Thursday 23 June 2011

Isteri mengandung, suami yang 'morning sickness'

Pg ni, kami lambat sedikit masuk ofis sbb kunci tertinggal kat dlm. Jd dlm menunggu kunci pendua, sempatla kami ni ber'mesyuarah' kat depan ofis, standardlah kaum perempuan ni kan.. Mula2 cite psl ganti posa, almaklumlah sy ni kan kena ganti sebulan, lgpun dah bln rejab ni. Pastu sambung cite masing2 nye mabuk first trimester tu. Then kuar isu, isteri mengandung, suami yang muntah2. Takpun isteri yang nak bersalin, suaminya yg tunggang terbalik.

Selalu jugak kte dgr camtu, cuma tak tau apa penyebab nye. Plg2 pun kte bajet aura bini tu lg dominan. iyo2 je bunyinye kan.. Rupa2nya ada tips nak wat camtu, ni pun utk yg baru nak kawen la. Yg dah ada ank dua tiga tu (mcm sya) dah tak relevan dah tips tu. Kata org masa MLM PERTAMA, sebelum bersama cubala dialog nun

Isteri : Abg, syg nak abg berjanji ye. Kite lepas ni kalau susah sama2 rasa susah, kalau senang sama2 rasa senang. Kalau sakit, sama2 kite rasa sakit. Yg berat sama2 kite pikul, yg ringan sama2 kite jinjing. (ecewah..dah mcm berbalas pantun lak)

Suami : Baiklah abg janji, kalau susah sama2 susah dan bla,bla,bla (pandai2la kamu2 nak letak ayat)

Insyaallah, mmg same2la pikul rasa tu. yelah kan, isteri dah bondong2 bwk perut kan.. Main sama2 kann..
Tapi bila pike balik, kalaulah sang suami yg muntah2 gak, sampai melepet je bdn. Sape nak uruskan pegi hantar klinik ngan jg anak2 yg lain ek. Abistu, dah sama2 flat. Lgla kalau yg nak sakit bersalin. Krg ada gak isteri yg nak bersalin tulah yg bwk keta gi hospital, abistu lakinya yg sakit. Takpelah wahai isteri2 ya, time nila kite nak manje kannnn.. Takleh masakla bang, loya tekak ni. Tlg picit2 bang, sakit2 bdnla bang asyik muntah2. Abg tlgla layan anak kte tu, sy dah tak larat ni. Abg, sy teringin itu ini. Hehe, bila lg kannn..

Tuesday 21 June 2011

Bila tgk bulan..

Org kata, bila kite tgk bulan dan bygkan wajah seseorg dan kebetulan org tu pun tgh tgk bulan, dia pun akan teringat kite. Seakan2 bulan tu reflected mirror. Tp bg aku yg mmg dah sgt jrg perhati bulan mlm2 ni, mcm dah agak kurang relevan. Cumanye aku rasa sgt pelik kenapa asyik2 teringat 'dia' akhir2 ni. Terlalu sgt..sdgkn bknnye ada apa2 yg buatkan terkenang 'dia'. Lama gak aku thn utk tidak hubungi 'dia'. Last2 smlm akhirnya aku sms gak. rasanye tak salah kan kalau sekadar bertanya khabar. Rupa2nye dia dah bertukar kerja ke daerah kelahiran ku sejak awal bulan ni. Agaknye dia mgkn selalu terkenang kenangan dulu bila ternampak tempat kami pertama kali berjumpa dan yg bestnye secara 'blind date'. Ntahlah..mungkin. Atau aku yg perasan sendiri.

p/s : Sedangkan luka ada parutnye, apatah lg cinta pertama..

Wednesday 15 June 2011

Korg, kitorg, diorg, kamiorg...

Aku senanye tak kisah dgn penggunaan yg ada org2 kat blkg ni. Rasa mcm dah jd bahase standard gitu ah. Lg aku pun suka guna. mcm lancar je mulut ni membasekan org2 tu. Tp mcm agak pelik2 skit rasenye bila tgk kat tv tu, bila ada org diinterview. Fuh..dia punye ckp..skejap omputih skejap melayu. Very da uptown gitu. Tp part slack bila dia kata 'kitorg' dgn slang omputih. Susah kah nak sebut 'kami'? nampak mcm lg sesuai. Dan tu jgn la jd lak kamiorg. Yang ni dtg dr akak aku sendiri. Dulu thn 70 an pun dah ada ek 'org'2 ni. Dia suka ckp kamiorg. Pasal dia belaja kat penang ke? tu pun aku tak pasti. Entahle, agak2 kalau aku ni diinterview kan..kuar tak 'org'2 tu. Mana tau kan neves2, gigil kena ckp dpn tv ni, terus suma lintang pukang kuar dr mulut.

Tuesday 14 June 2011

Latah pun ada bagusnye..

Cite FBI yg lepas cite latah. Mmg part latah balik2 khiriah dgn ida moin. Ade kot retis lain yg latah tp diorg je yg berani kot. Alah senanye nak kata hampir suma org melatah. Mgkn xdelah sampai nak menari2 bagai, setakat "Omakkau" tu mcm dah biasa dgr. Kengkdg aku dgr gak "Oh bapak aku". Ada mcm pelik tp mgkn mereka ni rapat benor dgn apak dia kot. Pekata kite latih melatah kte tu. Ni teringat nasihat lecturer aku dulu. Memula aku pike mcm tak logic je nak latih latah ni. kan patutnye bio hilangkan je latah tu. Pastu dia kata, cuba practice latah subhanallah ke, masya allah ke. Takdelah kot2 terkejut tereksiden leh mati katak je kalau yg terlatah 'omakkau'. at least insyaallah terlatah subhanallah ke. aku pike betul gak ckp lecturer aku nih. Aku practice la lps tu. Mmgla menjadi melatah gitu. tp last2 aku jd senang melatah. Tp takpelah, aku ni dahlah iman nipis, suruh zikir mmgla lambat. pemalas sng cite. takpelah, melatah pun jdlah dpt pahale skit2. Jdnye aku kabor kat kamu2 ni, mehla kte prctice melatah beriman skit, hehe (ceh bunyi mcm bagus je ek).

Monday 13 June 2011

Post..aku syg ofis aku

Selamat hr isnin... hampir suma org tak suka isnin kan..yelah smlm dah rehat2 tiba2 nak keje plak kan.. boleh ke guna tiba2 tu? mcm tak relevan kan sbb mmgla tau isnin keje kan.. Hari ni nak cite yg aku syg kat ofis aku ni in my point of view la ye. Dulu masa mula2 aku keje, aku telah disajikan dengan cerita yg tak brape nak best. Cthnye ofis ni byk politikla, spy2 lah. Dulu keje swasta mana de camtu, sape yg bagus tak kira baru ke lama boleh naik, yg tak ok sack je. Tp kan..kerajaan kan sinonim dgn birokrasi. takleh nak salahkan tau, nak mengurus bajet juta2 tau, mestilah kena camtu. Barula btul telus ye dak. Then, aku dgr cite hubby psl ofis dia. pastu aku rasa takdelah teruk sgt ofis aku ni.

List : what do i like bout my office (teringat iklan wat do i like bout my house, very da nostalgic)
1) Hari isnin ada gathering, ada baca doa, nyanyi, n last sekali selawat sambil salam ramai2. yg perempuan siap laga2 pipi.
- doa kebaikan kesejahteraan. amin ramai2.
- agak2 kan kalaula takde selawat isnin tu, bape kalilah sgt kite nak berselawat ye kalau bkn maulidurrasul
2) Hari jumaat ada tilawah - baca quran ramai2 pastu kumpulan ikut giliran buat jamuan mkn lps ngaji. Jd hr jumaat adalah hari jimat duit.
3) Kalau ada gotong royong ke, walaupun tak semua pegawai join tp sebilangan ada gak. Jd staf bawahan rasa mesra dgn pegawai.
4) Kalau ada event sama rata ada kerja, wlaupun ketuanye pembantu. Pegawai ramai yg sporting. Sukan, hr keluarga ke,
5) Bos yg sgt2 sporting, Bendahari Universiti tau. buat malu je bos2 ofis lain. Bos ofis ktorg ada gotong royong universiti, komitmen mmg superb beb. Terduduk2 dia buat keje, masa time gtg ryg library tu. Masa marhaban kalau dah takde seat, dia tak kisah je duk atas lantai.
6) Setiap kali musim raya, kami ada program marhaban. 1 mlm lebih kurg 3 rumah kami ziarah ramai2, mkn2 skit2 pastu selawat ramai2. Mmg syahdu beb.

Itu adalah antaranya la. walaupun org kata duk kat ofis ni keje susah, tp budaya tu lah yg buat kalau boleh aku nak duk sini jelah.

Wednesday 11 May 2011

Aduhhh...sedih

Ahad lepas hr ibu. Teringat pada arwah mak. Cuma kiriman Al-fatihah setiap kali usai solat je yg dpt dibuat. Maafkan anakmu ni mak, always take things for granted. Kami pun takde balik kg hubby pun. Dia sibuk dgn tempahan. Bila tanya hubby, dia kata dah call n wish kat mak dia. Sbnrnye aku ada sdikit ralat, sbb aku teringat 8/8/2008 birthday arwah mak, at da same time, adik ipar aku nak bertunang masa tu. Adik bradik kat selangor buat gathering untuk celebrate birthday mak, aku cuma dpt call n wish je sbbnye hubby anak sulung dan dia kena uruskan pertunangan adik dia. Even seminggu slps tu aku balik n ajak mak jln2, tp tu lain. Aku tak ikut pun rombongan bertunang tu, konon2 anak kecik lg. n the best part was itulah last birthday arwah mak sbb thn slpsnye mak pergi meninggalkan kami sblum tarikh lahirnye. takyah cite pjg, rasanya korg pun faham kan apa perasaan bila ada kat tempat aku. ahh..just let it go. tp biasalah bekas mesti ada kan..

Cite skrg ni psl ibu yg kehilangan 3 anak perempuan dia masa hari ibu tu. Baru je td tgk kat blog Encik Mazidul. Ada pic adik beradik ni tido sama2 betul2 sblum kejadian, hati aku luruh sgt2. Terbayang wajah2 kesayangan. Teringat semalam, kami di PD sbb aku ganti pegawai bg talk untuk kursus induksi. Aku mmg tak expect jwpn dari Qistiena tp baru sedar dah besar budak ni

*Kite tak payah mandi pantaila kakak, kite mandi kolam je ye*
*Bahye ye bu, nnt takut lemas ye bu?*
*Pandaila kakak, betul ibu takut camtu. Kalau kakak takde ibu sedih tau*
*Kakak syg ibu*
*Iye..ibu pun syg kakak*

Tak dinafikan, aku mmg panas dgn Qistiena. Ada je benda yg dia buat yg aku berang, dan aku tak pandai pujuk Selalu gak aku ckp dgn hubby, selalula jd penyejuk antara kami. Aku syg mereka, aku taknak berada di tempat kakak tu yg terpaksa 'berhati kering' cari mayat anak bongsu dia. Aku tak sanggup. Teringat muka qaireen masa dia seronok main air, mmg berani budak tu. Br 8 bln tak takut pun main air. Hilang suami masih boleh survive lg, hilang anak...aduhhh tak sanggup. Moga tuhan meringankan beban hati kakak tu.

Thursday 5 May 2011

Birthday BLAST!!!

On 27th April 1984, my mother delivered me at the age of 41. This year I'm turning 27, the age that i was expected to get married (that was i thought when i was 16). With god's bless I already have 2 sweet daughters. Ok, cukup2la practice tulis english ni. Lama2 krg hilang idea nak tulis pe. Cuma nak gitau je, thn ni nye birthday mcm plg best la sbb plg byk abis duit, ahaks. well, betuullah org kata shopping is the best cure for ladies, hahaha.

Starting shopping kat Pasar Rabu je, ohohoho, kat situ je almost 200 abis. Dpt rembat 2 telekung, 2 sejadah n 2 kain ela( x termasuk dlm list pun tp dah terpikat nak wat cane kan ). memula tu mcm frust sbb hujan, tp tak kira usung gak hubby hujan2 tu. Dia agaknye dlm hati layankan jelaaaa.

Pastu adalah buat urusan bil2 segala. then part pau my sweet hubby mkn kat Secret Recipe. Turn out the bill almost fifty for two persons. Mula2 mcm kesian ngan dia, tp last2 takpelah bila lg dia nak blanje camtu kan. hikhikhik. Pastu leh lak konon2 memula tu nak survey jah chandelier kat kedai depan secret recipe tu. Sekali tu, trus beli, siblah cuma 150 jah. kongsi2 ok. Kalau la u olls nak tau, i skrg a bit berkira psl duit taw. Psl tu kira entri lain ek.

Pastu, kami gi karaoke. Hahaha mmg kami suka melalak, both of us mmg kaki karaoke. well pasti ada lagu wajib ok, Sandarkan pada kenangan. Lagu ni je kot yg kami rasa masing2 punya sore boleh la dikatakan ada chemistry.

Walaupun mgkn mcm bosan2 jah birthday i ni, tp nilah 1st time i was spending without thinking. Rasa mcm relieve. The best part is, takde sape contact ttg keje, sdgkan sblum tu nak cuti punyelah pyh sbb rasa mcm kesian nak tinggal ofis. wow soooo refreshing. 

Wednesday 30 March 2011

balik kampung yeah...

wohoho..balik kampung, wohoho...balik kampung, hati girang.

Semalam abg dong call

AD : Pis, (ye adik beradik sy mmg panggil sy 'pis') ko tau kan abg dong kena ...blablabla...tanah arwah mak ....blablabla..... Jadi isnin kena pegi Pej. tanah. Tp kalau ko tak dpt balik...blablabla..
(abg aku kalau ckp mmg trus laju je, takde koma2)
aku : takpe2 bgdong, aku balik.

sbnrnye mmg cadang nak cuti, tp rasa kalo lepak je kat umah mcm bosan jer. nak jln2 mcm fulus kureng. nak ajak hubby balik kg, nnt dia kata adake bajet? tp part ni mmg kena balik, ada bajet ka takdak bajetka, gi korek la kt tbg hj ni, hahaha. Sronoknya dpt balik. Agak2 boleh terjumpa 'GRO' tak? Hahahaha

Thursday 24 March 2011

kERJA3X

uhuk2!! batuk melanda. Pergh...lepak jdnye. minggu lps mmg demam skit tp tak ambik mc sbb memanjang meeting jah. Last2 baik sendiri je demam tu, tp tetiba skrg ni batuk la plak. Skrg ni cuba cr ruang bernafas kejap wat keje lain. Perasan tak task2 kat sebelah tu? Aduhh..mcm dah takleh nak bernafas siapkan tu. Tp bila start nak buat antara salah satu, keje yg harian lak tetiba menimbun dtg minta disemak.

Sejak2 komplen keje clerical je, tuhan trus bg takde bosan punyee.. ada jah keje nye. Ada terpike gak nak ambik cuti sbb ada rasa penat skit. Tp bila tanya kat k.mai, dia kata "anak2 buah kau masih belum boleh ditinggal lagi ni" . Sbb bila ditinggal meeting, smua mcm tak tentu arah. Rasa2nye k.ina,k.fiza,k.mai pun mengalami benda yg sama sbb msg2 yg senior dlm unit. Tp aku tgk diorg mcm relax jah. Org lama kan...takpe chaiyyok2. berusaha2

Tuesday 22 March 2011

Lemahnye sy di mata suami

sy : e eh kulit abg makin gelap, dulu lg putih dr sya
hubby : Yelah, yg bakar sampah, abg. yg kemas luar, abg. Yg merun, abg. Mana tak gelap
(sentap.. ye sy lembik, tak pandai keje2 kasar ni)

************
text (masa terpakse keje masa cuti n anak2 dgn hubby)

"Abg dah siap kemas n masak nasi dgn lauk. Budak2 semua dah mandi. Singki dan bersih. LEPAS MKN JGN LUPA BASUH"
(sentap..ye sy slalu tinggalkan je pinggan kat singki lps mkn)

************

Abg : Apsal jln lambat sgt ni, cuba jln cepat skit. Cergas2 kan bdn tu
(sentap..ye sy lembik dan lembap)

************

Byk sgt kelemahan sy di mata suami. Sy pun tak tau kenapa dia boleh terpikat pd sy pd mulanya. Sy tak cantik, sy tak comel. Hubby hensom. Kalau ptg2 hari kerja, dia suruh sy jg anak je, sbb dia kata : Baik abg yg masak, tunggu awk lambat sgt. Suami sy serba-serbi handal. Kerja rumah semua dia terrer, sy rasa kalau sy takde pun dia leh survive. sy yg beruntung sbb dpt dia. Ayat2 dia tu sbnrnye kdg2 gurauan je, tp ntahlah sy cpt tersentap, sbb mgkn sy terasa sy ni byk sgt kekurangan. Syukur pdmu ya Allah kerana berikan suami yg unggul kpd sy.

Thursday 17 March 2011

scandalous

ooopss i dlm mood manja n gediks ni. n a bit2 nakal. Wah..gitu.. baru lps wat jht ni. ok neutralkan dulu fikiran. kalau tak rasa mcm wat jht sgt. baru lps chat dgn ex-scandal k. Nop, i'm not going to repeat da same mistake again, but my heart still feels like floating kalau dpt contact balik dia. oh syaitannnirrajim, suka la hang ek, jerat hang tu mkn ek. aduhhhhh. sib baik cpt2 ingat lum solat zohor td. so cpt2 shut down. oohhh angau sudah mari... lg2 la winamp ni shuffle lagu2 yg ada kenangan ngan dia lak.huhu..

Monday 14 March 2011

Mengimbau..

duduk ni unit pelajar, mmg terlibat dgn pendaftaran pelajar baru. Kdg2 teringat zaman masa blaja dulu. Ingat lg masa tu alhamdulillah dpt tmpt study dekat gaklah dgn rumah dlm 1 jam dah sampai. Masa hari pendaftaran, disbbkn dah 2 kali so pegi jelah sendirian berhad. takdelah mcm budak2 lain, dah mcm hantar rombongan meminang.

Pg2 dr rumah pkul 7 pg, pastu mesamseng jlnan(merempitle tu) dr kg sampai shah alam. MNgam2 sampai kul 8. Laju gak bwk, dgn pakai baju kurungnye, hehe. Pastu lps buat kad matriks, tgkla kad tu. apsal gelap gulita btul muka aku? ceh pura2 tak tahu plak. Tunang aku pun tergelak terbahak2 tgk kad matriks aku(skrg dah laki aku)Dhlah tudung kuning, muka gelap, baju ungu. Agak2 ada mcm paria tak? Tulah sape suruh merempit je cuti sem tu. Takpelah merempit cr duit, aku keje kilang tau tiap kali cuti sem. Jdnye bila skrg aku tgk anak2 sedara aku mls keje cuti2 sem ni, aku mcm pelik. tak boring ke duk umah je? nak kata mengasah bakat rumah tangga, same gak aku tgk.. ntahla..

Saturday 12 March 2011

Hari Regis Lagi, lalala

hari ni hr pendaftaran utk skim guru2 nak sambung degree, dr semuda 29 thn sampai yg plg tua 47 thn (yg byr yuran kat aku jelah) gigih nak sambung blaja lg, walaupun dah berthn2 keje. yg aku respek tu, yg 47 thn. sikit thn lg nak pencen, lainla kalau dia ambik pencen 58thn. kakak yg sulong pun dulu sambung blaja master. tp tu pun master cuma 2 thn je, degree ni 4thn. Aku pun tak pasti kalau aku boleh segigih itu. Ooops tergelak aku dlm hati dgr cikgu cina kata jap ea...

Masa awal pendaftaran mmg ada kecah skit, sbb hari ni kami guna cara lain dr biasa. Masa ni aku terasa jd penolong pegawai ni kena all rounder. dr seremeh2 keje di kaunter sampaila keputusan dr pegawai. Sbnrnye rasa dlm hati best tau bila pegawai atasan pun refer kat kte, wahhh terasa mcm org penting gitu. Tp at the samte time a bit meluat dgn fikiran pegawai yg rasa mereka sgt berpengalaman, dan apa yg diorg pernah alami masih relevan lg utk skrg. Da.. dah tentu tak relevan doh. Dulu student baru ratus2, skrg dah ribu2. Dulu yg simple dah jadi kritikal. But wat to do meh, enggeh jela. Aku semut kecil, engkau semut 'BESAR', haha

Tuesday 8 February 2011

Entri pendek2

Sekarang dah ada shower heater, dah takde alasan malas mandi sblum subuh, haha

*************
 Terpike, kalau bersalin ceaser, belahnye berinci2. Kalau bersalin normal gunting kat bwh cuma lebih kurang seinci lebih. Tp keluarnya baby saiz nye sama. Camne tu ek?

*************

Tuesday 18 January 2011

Reshuffle (Marilah..bergoyang)

Hohoho reshuffle dtg lg, bln 2 ni dpt bos baru n dpt anak buah baru. Almaklumlah separa pegawai separa kerani. Aku je tak berganjak. Pastu tambah lg fungsi unit sbb dah gabung 2 unit. Konfem senget aku dibuatnye. Ada dua crite psl reshuffle ni
1) Bos baru kumpulkan SKT staf lama unit. Tau tak yg aku baru sadar, skt aku lg byk dr bos aku. Pergh...siut tul rasa hati. Takpe2 redha2.. Baru aku sadar, report2 yg payah2 tu aku yg buat. Grrrr..ada rasa nak mengaum tak?
2) Dikatakan bln 7 nnt bos baru nak sambung belajar utk sethn stgh tp mgkn akan lanjut smpai 3 thn sbb ikut suami. Dan dgr2 crite takde pegawai nak menanggung keje bos aku, KEMUNGKINAN BESAR aku yg kena tanggung. Perghhhhh...lagi sengetla aku. 3thn bukan sekejap. Silap2 hrbulan org lain leh shuffle unit, aku lak takleh. Gila expert krg aku ni.
Kesimpulannye aku terpakse redha. Takpelah..... manalah tau disbbkn terlalu excellent, aku boleh trus lompat ke 44 ker, hahaha berangan lebih.. Tp dpt elaun menanggung pun sedap gak, cuma rasanye tak berbaloi dgn kejenya. Tulah..sape suruh merungut keje skrg bosan, hah dpt kau challenge baru di thn baru..hohoho

Thursday 13 January 2011

31/12 cuti peristiwa (mcm sekolah la plak) Versi II

Refer entri sblum ni. Well, part yg mengadu kat dear husband tu. Ada satu masa yg menyebabkan aku emailkan lbih kurg mcm tu gak ke dear husband. Sumtimes mmg kena trus trg sbb dear husband takkan faham sendiri. Then u noe, tau2 hr jumaat lps dia book karoke tmpt kwn dia for 3 hrs masa rehat tghari. Woohhh 3 hrs!! Memula aku dgr tu, dlm hati kata, ni nak bls dendam ke apa. Ataupun dlm hati dia kata "Nak sgt, hambek kau" Akunye fulusla kuar sbb aku yg nak sgt kan karoke, padan muke aku. Tp mls nak argue lg dah, layanla 3 hrs non-stop. Dia kuar g solat jumaat pun aku tak setel lg. N da best part, mmg takde sape time tu. So sukati aku nak melalak lagu ape, cuma aku blum try dangdut lg, ecewah!!

OTWay ke ofis balik, dear husband kata, "Abg dah book utk Jumaat depan, same 3 hrs" almost terdiam tp buat2 takde benda. Hahahahak padan muke aku, skali lg fulus kuar la. HahahaHAMBEK KAU!!!

Tuesday 4 January 2011

31/12 cuti peristiwa (mcm sekolah la plak)

Tak dpt cuti thn baru dpt lak cuti peristiwa. Berangan nak ajak hubby tgk wayang or jln2 berdua. But nothing went right. Agaknye dah lama sgt tak g tgk wayang jd tak bajet wayang start kul bape. Pg2 mcm g keje dah kuar g cr asam pdas. Turns out kedai yg ktorg mmg suke giler tak buka lak. jd ke tmpt lain yg so-so je lah. pastu kul 10 dah g Bpmall, cinema kul 11. so pusing2 kt dlm.

Dear husband, don u know that ur wife is very manja one. I'm bongsu ok. Teringin bila berjln berdua ni naklah berpegangan tgn, berangkulan di tangga bergerak (hakhakhak mcm baku btul), meleset2 mcm kucing, mcm dolu2. Tp mcm buat tak faham je, ke dah mls? Alahai nape tak lyn je tuntutan hati isterimu ini yg perasan jiwa muda lg ni?

Last2 wayang plg awal kul 11.45, reject sbb nnt takleh nak solat jumaat. Nak g karaoke, tutup. Nak g layan bowling, hubby plak muka mcm buhsan jer. De bengang btul rasa hati. Att, bowling kul 10 sampai 2 ptg smpai mac ni RM 2 satu game. Last2 cuma bli big apple n balik... Down giler2